Sinopsis Filem Apa Celop Toq 2012


Video diatas sambungan filem Ape Celop Toq

Sinopsis:
Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, Tapai. Hazama bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah Tapai yang berhutang dengan samseng, Black, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.

Pada masa yang sama, Laila, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan Hazama berubah apabila bertemu dengan Pak Samad, seorang lelaki yang hidup keseorangan.

Pada awal pertemuan, Hazama merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, Tapai meminta bantuan teman wanitanya, Juita, dalam membantu melunaskan hutang kepada Black. Masa berlalu, apabila Hazama mula menghabiskan masa dengan Pak Samad, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari.

Bila dimasukkan ke wad, Hazama terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh Pak Samad. Tapai, meminta pertolongan Hazama, apabila Juita mengajakkan bertemu dengan kakaknya, Laila. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, Hazama menurut kehendaknya. Hazama merakamkan lagu, atas sokongan Tapai, Juita dan Afiq. Tanpa disangka, lagu nyanyian Hazama mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya.

Pelakon:
Hazama Azmi, Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Hasnul Rahmat, Azad Jasmin, Mohd Shahril, Shenty Felizaina, Miera Leyana, Yus Raja Lawak, Fendi Raja Lawak, Man Raja Lawak, Anith Aqilah, Halim Othman, Kenchana Devi Segeran, Kamal Adli

Post a Comment

2 komen je! meh!

  1. Anonymous says:

    best

  2. Unknown says:

    best..sedeyh nye part akhir tuw..