Sinopsis Filem Apa Celop Toq 2012


Video diatas sambungan filem Ape Celop Toq

Sinopsis:
Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, Tapai. Hazama bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah Tapai yang berhutang dengan samseng, Black, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak 2012




Sinopsis:
Filem Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan dua hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut di diami lima orang bomoh atau pawang.

Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang 2012




Sinopsis:
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Sinopsis Filem Ajiboy 2012



Video diatas sambungan filem Ajiboy
Sinopsis:
Ajiboy seorang kanak-kanak yang genius dan petah bercakap yang dilakonkan oleh adik Raykarl Iskandar. Ajiboy anak kepada pengusaha taman tema air iaitu En.Fauzan (Angah Rajalawak). En.Fauzan mengamanahkan tugas beliau kepada Ajiboy buat sementara waktu untuk menguruskan taman tema air tersebut.

Sinopsis Filem Taikun 2012



Video diatas sambungan filem Taikun
Sinopsis:
Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung. Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.