Sinopsis Filem Hantu Kapcai 2012



Tonton Full Movie
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terbunuh dalam perlumbaan motor haram. Ajib tinggal bersama ibunya, Mak Ros dan adik lelakinya, Akim. Semasa hayatnya, dia telah meminjam wang dari Ah Long untuk menampung kos perubatan ibunya.

Pada satu malam, dalam keadaan yang terdesak, Ajib bersetuju untuk berlumba haram dan membuat pertaruhan dengan Tiger. Ajib terbunuh dalam perlumbaan itu apabila Tiger menggunakan taktik kotor untuk menang. Apabila dia bangun, dia terlihat jenazah yang menyerupai dirinya di tengah ruang tamu sambil diperhatikan dan dibacakan Yasin oleh Mak Ros, Akim dan orang kampung

Konflik terjadi apabila Ah Long dan Tiger datang ke rumah dan mengugut Mak Ros dan Akim untuk membayar hutang hutang Ajib. Ajib menyedari bahawa keluarganya berada dalam bahaya, lalu berjumpa dan meminta pertolongan daripada Ibrahim, setelah mendapat tahu hanya dia yang dapat melihat Ajib.Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan halal yang di anjurkan oleh YB Mansur dengan harapan untuk membayar segala hutang Ajib.

Pelakon:
Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Neelofa

Post a Comment

2 komen je! meh!

  1. Anonymous says:

    http://kopikukaw.blogspot.com/2012/11/hantu-kapcai-2012.html