Sinopsis Filem Budak Pailang 2012



Video diatas sambungan filem Budak Pailang

Sinopsis:
Merupakan sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak – budak Pailang. Badrul yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah Rodi yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan – kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat She dan mula membelasah Badrul.

Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta. Di rumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, Esah tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada Alex, seorang pengedar dadah yang terkenal.

Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya. Siapakah yang terkorban? Dapatkah Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu?

Pelakon:
Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Zul Handyblack, Maimon Mutalib, dan Din CJ

Post a Comment

One Response;

  1. Anonymous says:

    thanks to uploader! :)
    tapi cite nih tak best la.
    macam tergantung pun ade.
    btw, thanks a lot!!